Gempa 5.8 magnitud gegar Laut Jawa
KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda Laut Jawa pada Jumaat, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Gempa itu berlaku pada kedalaman 9 kilometer kira-kira 159 kilometer utara dari Surabaya, Indonesia.
Menurut MetMalaysia lagi, gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.- Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!