Isu stoking Kalimah ALLAH: DAP sudah jumpa Ahmad Zahid

Anthony Loke, Ahmad Zahid
Anthony Loke, Ahmad Zahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan telah bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kalimah ALLAH pada stoking yang lantang disuarakan oleh Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh.

Bagaimanapun Anthony enggan mengulas lanjut mengenai butiran pertemuan terbabit.

"Saya sudah jumpa. Itu antara kita dengan Ahmad Zahid," katanya menerusi sidang akhbar pada Jumaat.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung ketika majlis berbuka puasa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan dan perwakilan asing di Istana Negara Isnin lalu.

Anthony dilapor tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan Dr Akmal kerana kedai serbaneka, KK Super Mart telah mengemukakan permohonan maaf serta mengakui kesilapan mereka.

Dr Akmal sebelum ini menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana pandangan pemimpin bukan Islam termasuk DAP dalam isu berkenaan.

Malah ADUN Merlimau itu menyeru agar memboikot KK Super Mart

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!