Tiada sekolah ditutup susulan wabak influenza: Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan Fakir Miskin Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tokong Tian Hock, Kuala Selangor di sini hari ini.
Dr Dzulkefly (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan Fakir Miskin Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tokong Tian Hock, Kuala Selangor di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan mengesahkan setakat ini tiada sekolah di negara ini ditutup susulan wabak influenza.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan aktiviti pemantauan secara berterusan terutama di lokasi yang lebih terdedah dengan penyakit itu.

"Kita akan lebih berwaspada dan menggerakkan pihak bertanggungjawab termasuk pegawai kesihatan daerah untuk memantau perkembangan wabak ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sumbangan Fakir Miskin Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tokong Tian Hock, Kuala Selangor di sini hari ini.

Ditanya mengenai isu kehabisan stok bekalan vaksin influenza, Dr Dzulkefly berkata, setakat ini bekalan vaksin itu mencukupi.

"Pada awal mungkin berlaku kehabisan stok di fasiliti kesihatan swasta tetapi perkara ini telah kita atasi.

"Kita memberi jaminan bahawa stok vaksin influenza ini mencukupi bagi memenuhi permintaan di negara kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!