Kanak-kanak 5 tahun terjatuh dari tingkat 12 kondominium

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

SERDANG - Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa merupakan warga Yemen dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

"Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!