Serangan bakar jahat di tiga wilayah Selatan Thailand

Pemangku Ketua Polis Negara Thailand, Pol Jen Kittarat Panphet (dua dari kiri) diberi taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Wilayah 9 Pol, Mej Jen Piyawat Chalermsri mengenai serangan arson di Yala hari ini. Foto Bernama
Pemangku Ketua Polis Negara Thailand, Pol Jen Kittarat Panphet (dua dari kiri) diberi taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Wilayah 9 Pol, Mej Jen Piyawat Chalermsri mengenai serangan arson di Yala hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PATTANI - Pattani, Yala dan Narathiwat menjadi sasaran satu gelombang serangan bakar jahat dan bom awal pagi tadi.

Komander Wilayah Tentera Darat Keempat, Lt Jen Santi Sakuntanark berkata, siasatan mendapati beberapa kumpulan individu melakukan serangan bakar jahat yang diselaraskan di pelbagai lokasi di tiga wilayah menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven, kedai-kedai, menara sel, kamera litar tertutup (CCTV) dan kenderaan.

"Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pagi Jumaat.

Siasatan mendapati bakar jahat itu adalah bagi menimbulkan huru-hara di wilayah selatan dalam Ramadan,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang meneliti rakaman CCTV untuk memburu suspek.

"Pihak berkuasa telah mengadakan tempat pemeriksaan di tiga wilayah itu untuk memburu suspek dan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mayo, Kol Polis Somsak Tanchareun berkata, satu letupan bom dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak yang sedang dalam pembinaan dan seorang wanita warga Myanmar maut.

"Sejumlah 16 serangan bakar jahat dilaporkan di Pattani,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Di Yala, Ketua Polis, Mej Jen Polis Seksan Churungsarit berkata, sejumlah 11 serangan dilaporkan di wilayah itu.

Antaranya ialah kedai perabot dan elektrik di Bannang Sata, bersama sebatang tiang telefon dan elektrik di Daerah Yaha, dibakar.

"Tayar kereta juga dibakar,” katanya.

Di Narathiwat, lima serangan bakar jahat dilaporkan menyasarkan forklift, 'road grader', kilang papan dan CCTV. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!