Wales tidak gentar reputasi Poland

Rob Page berkata mereka tidak takut untuk menjadi tuan rumah kepada Poland. Foto AFP
Rob Page berkata mereka tidak takut untuk menjadi tuan rumah kepada Poland. Foto AFP
A
A
A

PRESTASI cemerlang Wales di tempat sendiri tidak mengundang kebimbangan apabila berdepan Poland untuk perlawanan playoff terakhir Euro 2024 di Stadium Cardiff City pada Rabu.

Pengurus Wales, Rob Page berkata, prestasi cemerlang pasukannya di tempat sendiri bermakna mereka tidak akan takut untuk menjadi tuan rumah kepada Poland.

Wales, yang menewaskan Finland 4-1 dalam separuh akhir A pada Jumaat, sedang mencari tempat di Euro ketiga berturut-turut selepas tersingkir pada pusingan 16 terbaik pada edisi 2020.

Sementara itu, Poland pula mara selepas menewaskan Estonia, 5-1 dalam satu lagi aksi playoff di Stadium Nasional Warsaw.

“Saya berkata kepada pemain-pemain sebelum ini, dengan cara yang paling menghormati, kita tidak kisah pasukan mana di luar.

“Di laman sendiri saya rasa itu adalah 20 daripada 23 perlawanan tanpa kalah. Kami tidak peduli siapa yang datang berdepan kami. Kami akan bermain sehabis baik hingga penghujung perlawanan.

“Apa lagi motivasi yang anda perlukan daripada satu kemenangan dari kejohanan keempat utama?

“Pemain-pemain berada pada tahap luar biasa malah bersedia untuk perlawanan Rabu,” kata pengurus Wales itu kepada pemberita.

Artikel Berkaitan:


Playoff Terakhir Euro 2024

RABU (27 MAC)

Georgia lwn Greece, 1 pagi

Ukraine lwn Iceland, 1 pagi

Wales lwn Poland, 3.45 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!