Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser

Raja Charles ketika menyampaikan perutusan Komanwel dari Istana Windsor, di Windsor, Britain, pada Februari, dalam foto yang dikeluarkan pada 11 Mac 2024. Foto Royal Household/REUTERS
Raja Charles ketika menyampaikan perutusan Komanwel dari Istana Windsor, di Windsor, Britain, pada Februari, dalam foto yang dikeluarkan pada 11 Mac 2024. Foto Royal Household/REUTERS
A
A
A

RAJA Britain Charles III berbangga dengan Kate Middleton, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya.

Istana Buckingham pada Jumaat berkata, kanser telah dikesan selepas pembedahan perut Kate pada Januari lalu.

Dalam kenyataan itu, Charles dikhabarkan sangat bangga dengan Kate kerana keberaniannya membuat pengakuan mengenai kanser yang dihidapinya.

Beliau juga berkata, akan kekal meneruskan hubungan paling rapat dengan menantunya itu.

Charles dan isterinya Camilla "akan terus memberikan kasih sayang dan sokongan mereka kepada seisi keluarga dalam mengharungi detik-detik yang sukar ini." - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!