Hospital Pantai raikan 200 anak yatim, miskin

Tio Bee Chan bersama sebahagian anak yatim yang diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Sinar Kasih Ramadan Hospital Pantai Sungai Petani di sebuah hotel pada Jumaat.
Tio Bee Chan bersama sebahagian anak yatim yang diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Sinar Kasih Ramadan Hospital Pantai Sungai Petani di sebuah hotel pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 200 anak yatim dan miskin dari enam buah rumah kebajikan diraikan Hospital Pantai Sungai Petani dalam satu majlis berbuka puasa di sini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Sungai Petani, Tio Bee Chan berkata, enam rumah kebajikan tersebut ialah Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

Menurutnya, selain itu, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Al Taqwa serta Maahad Tahfiz Ahmadiah turut diraikan bersama.

“Misi kami bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada komuniti tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa dan agama namun turut mengambil kira aspek kebajikan bersama.

"Selain itu, ia juga sebagai salah satu cara mendekati komuniti di samping meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan duit raya dan kelengkapan hari raya pada Majlis Berbuka Puasa Sinar Kasih Ramadan Hospital Pantai Sungai Petani di sebuah hotel terkemuka di sini.

Bee Chan berkata, pemberian berkenaan merupakan sumbangan ikhlas hospital dan doktor pakar yang turut sama menyumbang dalam acara tahunan tersebut.

Untuk maklumat terkini mengenai program dan aktiviti Hospital Pantai Sungai Petani, layari https://www.facebook.com/pantaihospitalsungaipetani

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!