Belanda lega, Scotland terus longlai

Koeman. Foto EPA
Koeman. Foto EPA
A
A
A

JURULATIH Belanda, Ronald Koeman belum mahu mendabik dada di atas kemenangan besar pasukannya ketika membelasah Scotland 4-0 awal pagi Sabtu.

Malah pengendali berusia 61 tahun itu lebih selesa merendah diri apabila mengakui anak buahnya tidak cukup kental, ketika ketumpulan jentera serangan Scotland memakan diri.

"Scotland merupakan pasukan yang lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Sukar untuk dipercayai bahawa mereka buntu mencipta jaringan memandangkan mereka mempunyai beberapa peluang yang sangat baik.

"Kami juga menghidu lebih banyak ruang dan mencipta peluang, namun kami menjaringkan gol yang baik," ujar Koeman.

Dalam aksi di Amsterdam itu, Belanda mendahului lima minit selepas rehat dengan rembatan padu Tijjani Reijnders.

Georginio Wijnaldum kemudian menggandakan kedudukan disusuli penyudah pemain gantian, Wout Weghorst dan Donyell Malen, pada minit ke-84 dan ke-86.

"Sejak dari awal lagi kami sedar mereka akan berjuang, malah mereka juga adalah pasukan yang sangat agresif terutama di barisan depan seperti John McGinn. Dia bermain dengan sangat baik.

Artikel Berkaitan:

"Kami kerap kehilangan bola dan situasinya sangat teruk. Keputusan ini seperti mudah, tetapi tidak. Apapun ia keputusan yang positif," ujar Koeman.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!