Tinggal Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai di Switzerland

Tang Jie-Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei.
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie meneruskan cabaran negara pada Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 selepas mengesahkan slot separuh akhir di Saint Jakobshalle, Basel.

Kemenangan di suku akhir diraih Chen Tang Jie-Ee Wei dan Soon Huat-Shevon Lai membolehkan mereka berdepan Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin (Taiwan) pilihan keenam serta Robin Tabeling-Selena Piek (Belanda).

Chen Tang Jie-Ee Wei mengesahkan kemaraan selepas menjinakkan wakil Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran beregu campuran nombor 18 dunia, 21-18, 17-21, 21-15 dalam masa 55 minit.

Soon Huat-Shevon Lai pilihan nombor lapan pula mara setelah menewaskan wakil sensasi dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje (pilihan keempat) 21-15, 21-10 dalam masa 32 minit.

Soon Huat-Shevon Lai.
Soon Huat-Shevon Lai.

Bagaimanapun harapan untuk melihat dua lagi beregu lelaki negara beraksi di pentas suku akhir kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak kesampaian.

Rentak persembahan konsisten juara

Masters Orleans, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian gagal dijelmakan apabila tewas aksi berintensiti tinggi selama 37 minit ketika berdepan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, 16-21, 20-22.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pilihan keenam Man Wei Chong-Kai Wun Tee juga mengakhiri cabaran selepas tewas berdepan pilihan ketiga gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 14-21, 21-23 dalam masa 41 minit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!