Kontrak tiga pemain senior Liverpool tidak disambung

Thiago Alcantara antara tiga pemain senior Liverpool yang tidak akan disambung kontrak.
Thiago Alcantara antara tiga pemain senior Liverpool yang tidak akan disambung kontrak.
A
A
A

LIVERPOOL akan melepaskan tiga pemain senior Joel Matip, Thiago Alcantara dan Adrian pada penghujung musim ini.

Matip, 32, Thiago, 32, dan Adrian, 37 akan tamat kontrak pada Jun dan The Reds tidak bercadang untuk menawarkan lanjutan kontrak kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif The Reds, Michael Edwards dan Richard Hughes, yang akan menjadi pengarah sukan baharu pada penghujung musim akan membiarkan ketiga-tiga pemain itu meninggalkan pasukan.

Matip dan Thiago sedang mengalami kecederaan jangka panjang dan kedua-duanya tidak memainkan peranan utama musim ini.

Matip mengalami kecederaan ligamen koyak pada awal Disember dan kelihatan akan terlepas baki musim ini.

Thiago pulih daripada kecederaan pinggul jangka panjang dan kembali ke padang bulan lalu, tetapi hanya bertahan lima minit pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal sebelum mengalami kecederaan otot.

Jurgen Klopp mengakui dia tidak tahu sama ada bekas bintang Bayern Munich dan Barcelona itu akan beraksi semula musim ini.

Adrian jelas merupakan pilihan ketiga dalam kalangan penjaga gol Liverpool dan hanya membuat dua penampilan kompetitif dalam tiga kempen terakhir.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!