Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori

Kemalangan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara melibatkan konvoi motosikal dari Singapura yang dirempuh lori kontena. Foto PDRM
Kemalangan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara melibatkan konvoi motosikal dari Singapura yang dirempuh lori kontena. Foto PDRM
A
A
A

BATU PAHAT - Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 111. 4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, arah utara, antara Yong Peng-Pagoh dekat sini, pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, maklumat berhubung kejadian kemalangan itu diterima daripada orang awam pada jam 3 pagi.

Katanya, konvoi bermotosikal disertai lapan lelaki warga Singapura itu dalam perjalanan dari Singapura mahu menghala ke Pagoh, Muar untuk bersahur.

"Semasa dalam perjalanan, sebuah motosikal konvoi terbabit pancit dan penunggangnya berhenti di hentian rehat dan rawat Yong Peng. Tujuh orang penunggang di hadapan telah memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan.

"Kemudian datang lori kontena, dipercayai telah hilang kawalan masuk ke lorong kecemasan seterusnya terlanggar kumpulan penunggang motosikal berkenaan.

"Akibat perlanggaran itu, dua orang penunggang motosikal berusia 26 tahun maut di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Keadaan motosikal yang terlibat nahas di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara. Foto PDRM
Keadaan motosikal yang terlibat nahas di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara. Foto PDRM

Ismail memberitahu, pemandu lori, 33, bersama kelindan berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu kontena yang berasal dari Kedah ditahan reman tiga hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sementara, ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!