Zahid sangkal PSS dimulakan BN

 Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa cadangan Pas Sementara Sabah (PSS) dimulakan oleh kerajaan BN.

"Saya menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan cadangan PSS sudah dimulakan oleh kerajaan BN.

"Sewaktu saya menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), tidak ada cadangan dari RCI dan jawatankuasa teknikal supaya PSS dilaksanakan.

“Tuduhan tersebut tidak benar. Saya mengetahui kerana saya jadi pengerusi yang dilantik jemaah menteri bersama ketua menteri ketika itu," katanya dalam satu catatannya di Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Pemegang PSS tidak layak mohon kewarganegaraan: Muhyiddin

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PSS adalah kesinambungan daripada Pas Residen Sementara Sabah (PRSS) yang dicadangkan kerajaan BN sebelum ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita di Papar, Sabah itu berkata, ketika zaman BN, cadangan dibuat bagi memperkenalkan PRSS dan dicadangkan BN dalam mesyuarat jawatankuasa pada 2015.

Menurutnya, cadangan PRSS itu dibentang dan dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa induk pada 2015 sebelum Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan dahulu tidak seharusnya dipersalahkan disebabkan kerajaan negeri berasa goyah dan tergugat dengan isu PSS.

Menurutnya, pelaksanaan PSS juga mendapat bantahan daripada parti pembangkang berasaskan Kadazandusun Murut di Sabah, seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri).

"Malah NGO (badan bukan kerajaan) tempatan, Pertubuhan Penambahbaikan Pendidikan Orang Awam Sabah (Pipa) dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak) akan mengadakan bantahan terhadap PSS di bandar Membakut di Kimanis pada 15 Januari ini.

'Ini menunjukkan rakyat Sabah menolak pelaksanaan PSS dan kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaannya. Jangan kerana kepentingan politik, kepentingan rakyat Sabah diremehkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN BN terdesak bangkit isu Pas Sementara Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!