Sepanyol, Ireland, Malta dan Slovenia setuju usaha iktiraf negara Palestin

Penduduk Palestin meninggalkan kawasan itu selepas pengeboman Israel di tengah Bandar Gaza. Foto AFP
Penduduk Palestin meninggalkan kawasan itu selepas pengeboman Israel di tengah Bandar Gaza. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Sepanyol bersetuju dengan pemimpin Ireland, Malta dan Slovenia untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara berdaulat Palestin, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan Sanchez memberitahu pemberita selepas mesyuarat Majlis Eropah di Brussels pada Jumaat bahawa beliau menjangkakan pengiktirafan itu dapat dijayakan semasa tempoh perundangan empat tahun yang bermula tahun lepas.

Beliau berkata, persetujuan telah dicapai selepas pertemuan dengan rakan-rakan sejawatannya dari Ireland, Malta dan Slovenia pada pagi Jumaat.

"Kami bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu adalah melalui pelaksanaan penyelesaian dua negara, dengan negara Israel dan Palestin hidup berdampingan, dalam aman dan selamat,” WAFA memetik kenyataan bersama yang dikeluarkan Ireland selepas mesyuarat itu.

Negara-negara Arab dan Kesatuan Eropah bersetuju dalam mesyuarat di Sepanyol pada November bahawa penyelesaian dua negara adalah jawapan kepada konflik Palestin-Israel. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!