Tunku Azizah berkenan bertadarus bersama 600 wanita DUN Inderapura
KUANTAN - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan merasmikan Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran daripada suara wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura di sini, pada Sabtu.
Kebarangkatan tiba Tunku Azizah ke Dewan PM Najib, kira-kira jam 9.15 pagi.
Turut hadir ke majlis itu, Yang Dipertua Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (Teratai), Datuk Burhah Mohammed.
Majlis tersebut didahului dengan bacaan doa oleh Kadi Daerah Kuantan, Badaruddin Ahmad Bustami diikuti tadarus al-Quran.
Baginda berkenan meluangkan waktu membaca kalam suci itu bersama-sama peserta dalam majlis tersebut sekitar jam 9.30 pagi.
Kira- kira 600 wanita hadir mengimarahkan Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran anjuran DUN Inderapura.
Bacaan tadarus al-Quran yang dibaca oleh beberapa kumpulan bersama Tunku Azizah selesai jam 10.52 pagi.
Dalam majlis tersebut, Tunku Azizah berkenaan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 100 penerima daripada golongan asnaf.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata, kesemua peserta yang terlibat dalam program berkenaan amat berbesar hati dengan kehadiran Tunku Azizah.
Menurutnya, ramai yang ingin menyertai program tersebut, namun jumlah peserta dihadkan kerana ruang dewan kecil.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!