Harimau Muda atasi India 2-1

Pemain Harimau Muda mengawal pergerakan pemain India pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Facebook FAM
Pemain Harimau Muda mengawal pergerakan pemain India pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Facebook FAM
A
A
A

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido membuka jaringan menerusi T. Saravanan pada minit ke-33, sebelum Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar menggandakan jaringan pada minit ke-48.

Skuad B-23 India, kemudian merapatkan jurang menerusi jaringan Chingangbam Shivaldo Singh pada minit ke-77.

Pasukan negara dijadualkan kembali bertemu B-23 India dalam satu lagi aksi persahabatan pada Isnin depan, sebelum berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadapi Piala Asia B-23 bermula 15 April hingga 3 Mei ini, yang juga merupakan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain Harimau Muda dikawal pemain India pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Facebook FAM
Pemain Harimau Muda dikawal pemain India pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Facebook FAM

Di Doha, skuad negara akan meneruskan aksi pemanas badan menentang China pada 3 April, Qatar (6 atau 7 April) dan satu aksi yang belum diputuskan 10 atau 11 April.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dan hanya dua pasukan terbaik kumpulan mara ke suku akhir saingan peringkat Asia itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!