Cuaca panas terik

A
A
A
Orang ramai berjalan menggunakan payung untuk berteduh dari cuaca panas terik yang kini melanda negara ketika tinjauan fotoBernama di sekitar pusat bandar hari ini.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berkekalan hingga pertengahan April kerana kekurangan awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks.

Fenomena ekuinoks terjadi apabila kedudukan matahari sejajar dengan Garisan Khatulistiwa, menjadikan jarak antara bumi dan matahari paling dekat dalam sistem solar.

Menurut MetMalaysia terdapat 26 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap 1) iaitu di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar, sementara di Pulau Pinang melibatkan kawasan Timur Laut, dan Perak pula melibatkan Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024