Dituduh curi RM85 punca pelajar maut dipukul

Rohan berada di lokasi pelajar ditemukan maut di sebuah kolej di Lahad Datu.
Rohan berada di lokasi pelajar ditemukan maut di sebuah kolej di Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Dituduh mencuri RM85 punca seorang pelajar kolej maut dipukul oleh pelajar lain di asrama sebuah kolej vokasional di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dengan sekumpulan penghuni asrama berkaitan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.

"Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35 di mana mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.

"Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahli keluarga menunggu proses bedah siasat pelajar kolej vokasional yang maut dipukul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu.
Ahli keluarga menunggu proses bedah siasat pelajar kolej vokasional yang maut dipukul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu.

Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut telah dibawa ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan telah membenarkan tahanan reman selama enam hari sehingga 29 Mac ini.

"Setakat ini, polis turut mengambil keterangan terhadap 12 saksi bebas termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit.

"Pihak polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah," katanya.

Rohan berkata, pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Mohammad Nazmie Aizzat ditemui maut di dalam asrama tersebut dipercayai akibat dipukul.

Mayat mangsa ditemukan dengan kesan lebam dan kecederaan pada tubuh badan dipercayai dipukul oleh rakan asrama di kolej tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28



@sinarharianonline

Dituduh curi RM85 punca pelajar maut dipukul #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Pukul #Pelajar #Maut #LahadDatu #Curi

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!