Sultan Pahang, PM 'bertembung' di bazar Ramadan

Al-Sultan Abdullah 'bertembung' Anwar di Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan pada Sabtu.
Al-Sultan Abdullah 'bertembung' Anwar di Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 'bertembung' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bazar Ramadan Mahkota Square atau lebih dikenali Taman Kerang, di sini pada Sabtu.

Baginda yang turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertegur sapa dengan Anwar yang mengadakan lawatan ke bazar berkenaan.

Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat bazar tersebut pada Sabtu.

Beliau tiba di pekarangan Taman Kerang kira- kira 6.19 petang diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuan bersama beberapa kepimpinan lain turut serta pada sesi lawatan itu

Anwar melawat setiap deretan gerai dan meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga di tapak bazar tersebut.

Pengunjung juga tidak melepaskan untuk bertemu dan merakamkan swafoto dengan beliau sepanjang lawatan itu diadakan.

Anwar kemudian ke Majlis Berbuka Puasa ​Madani dan mengerjakan solat Maghrib bersama masyarakat di Masjid ​Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Abdulaziz, di Kuantan sempena lawatan beliau ke negeri ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!