Peruntukan naik taraf sekolah di Kimanis bukan untuk pancing undi

Datuk Mohamaddin Ketapi
Datuk Mohamaddin Ketapi
A
A
A

KIMANIS - Pengumuman peruntukan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan ll dekat sini semalam bagi menaik taraf kemudahan sekolah tidak perlu dijadikan isu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Menurutnya, pengumumannya pada majlis perasmian Jelajah Cuti Cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di sekolah itu adalah susulan permohonan bantuan secara terbuka daripada Pegawai Daerah Papar Ghulam Rasul Hapil bagi membaiki kemudahan di SMK Bongawan II.

"Peruntukan RM50,000 diumumkan ini bukan boleh dapat hari ini, saya dengan jelas meminta pengetua (sekolah) tulis dan hantar surat dan saya akan luluskan peruntukan.

“Ia satu peruntukan menteri. Saya tidak lihat apa-apa masalah kami berikan bantuan kepada sekolah, untuk pelajar dan mereka masih tidak boleh mengundi,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Jelajah Cuti Cuti Malaysia VM2020, lewat malam tadi.

Dalam pada itu, beliau percaya perkara itu tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana peruntukan itu hanya untuk sekolah dan bukan membeli undi.

"Kita berasa simpati dengan keperluan sekolah seperti dewan dan padang yang perlu ditambah baik.

"Sekolah ini untuk anak-anak belajar. Ini yang kita beri keutamaan bukan kepada pengundi," katanya sambil berharap bantuan itu tidak disalahertikan.

PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

Artikel Berkaitan:

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Bongawan dan Membakut.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!