Southgate tak kecewa England tewas tipis kepada Brazil

Southgate
Southgate
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate menyifatkan kekalahan 0-1 kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley tidak menjejaskan persediaan The Three Lions untuk Euro Jerman 2024.

Sebaliknya Southgate yang juga bekas pemain pertahanan Crystal Palace, Aston Villa dan Middlesbrough menilai secara positif penampilan beberapa pemain baharu yang akan memperkuatkan cabaran naib juara tersebut kali ini.

Malah tegas bekas pengendali Middlesbrough itu mengakui perlawanan adalah seimbang akan membuat perubahan terhadap pasukannya bagi kejuaraan berprestij negara Eropah tersebut.

"Saya tidak kecewa dengan prestasi pasukan dalam perlawanan ini.

"Perbezaan pada akhirnya adalah satu saat, selain beberapa kesilapan yang memutuskan permainan," kata pengendali berusia 53 tahun itu.

Brazil yang dibelenggu krisis kecederaan memenangi perlawanan itu yang dijanakan penyerang berusia 17 tahun, Endrick, yang menjaringkan gol pada minit ke-80 selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

England kehilangan beberapa pemain utama di Wembley, termasuk kapten Harry Kane akibat kecederaaan yang tidak bermain perlawanan persahabatan seterusnya menentang Belgium pada Rabu.

Secara umumnya gembira dengan persembahan pemainnya, Southgate memuji penampilan sulung pemain Manchester United, Kobbie Mainoo dan Anthony Gordon dari Newcastle United.

Artikel Berkaitan:

Walaupun Ollie Watkins tidak mempunyai peluang mencetak gol, Southgate berkata dia gembira dengan sumbangan penyerang Aston Villa itu.

“Kami perlu tahu ke mana kami akan pergi jika kami tidak mempunyai Harry (Kane) untuk perlawanan besar.

"Ia adalah percubaan yang baik," ujar Southgate.

Kane hadir menyertai latihan bersama skuad England hujung minggu lalu juga bagi menjalani rawatan akibat kecederaan buku lali ketika menang 5-2 ke atas Darmstadt dalam aksi Bundesliga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!