Op Tiris: 9 nelayan Myanmar ditahan bersama 2,300kg hasil laut

Maritim Pulau Pinang menahan dua buah bot asing untuk pemeriksaan dalam Op Tiris yang dijalankan. Seramai sembilan nelayan Myanmar ditahan di Pulau Kendi pada petang Ahad.
Maritim Pulau Pinang menahan dua buah bot asing untuk pemeriksaan dalam Op Tiris yang dijalankan. Seramai sembilan nelayan Myanmar ditahan di Pulau Kendi pada petang Ahad.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sembilan nelayan warga Myanmar ditahan bersama 2,300 kilogram (kg) hasil laut oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, kesemua nelayan tanpa dokumen itu ditahan dalam dua bot berasingan di Pulau Kendi di sini.

Menurutnya, mereka ditahan dalam Op Tiris 3.01/2024 di kedudukan 17 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada jam 6 petang.

"Ketika rondaan dibuat, kita mendapati ada dua bot nelayan tempatan kelas C sedang bergerak. Kedua-dua bot berada berdekatan antara satu sama lain ketika pemeriksaan dijalankan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, empat nelayan warga Myanmar termasuk tekong berada di atas bot tersebut. Sementara pemeriksaan pada bot kedua menemui lima nelayan termasuk tekong yang juga warga Myanmar.

"Kita turut menemui hasil laut yang agak banyak pada kedua-dua bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun itu gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dilakukan termasuk gagal mengemukakan surat kelulusan menggunakan radio komunikasi bagi kedua-dua bot terbabit.

"Kesemua nelayan asing itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Mereka ditahan untuk siasatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!