Nagelsmann puas hati cara Jerman bertarung di Perancis

Wirtz ledak gol pertama Jerman ketika bertandang ke Perancis.
Wirtz ledak gol pertama Jerman ketika bertandang ke Perancis.
A
A
A

FLORIAN Wirtz menjaringkan gol antarabangsa terpantas Jerman selepas tujuh saat bagi menjana kemenangan 2-0 ke atas Perancis dalam aksi persahabatan di Stadium Groupama, Lyon Metropolis.

Kemenangan tersebut secara tidak langsung meningkatkan keyakinan tuan rumah Euro 2024 itu untuk meraih kemenangan pertama dalam empat perlawanan terakhir.

Gol Wirtz yang merupakan pemain kelab Bayer Leverkusen itu kemudiannya dilabuhkan dengan penyudah sensasi Arsenal, Kai Havertz pada minit ke-49 untuk kemenangan motivasi anak-anak buah Julian Nagelsmann.

“Kami memulakan permainan dengan sangat baik apabila semua perancangan dilaksanakan seperti dirancang sebelum ini.

“Adalah penting untuk melindungi pendahuluan dan selepas rehat kami meningkat lebih jauh bagi mencipta lebih banyak peluang. Saya sangat berpuas hati dengan cara kami bertarung. Itulah yang kami inginkan, untuk memberikan semuanya setiap masa.

“Ya, kami mendapat peningkatan keyakinan daripada permainan ini. Kami berada di landasan yang baik dan bermain permainan yang sangat baik hari ini,” kata Nagelsmann.

Aksi persahabatan seterusnya, Jerman akan melayan kunjungan Belanda di Deutsche Bank Park, Frankfurt manakala Perancis menanti Chile di Stade Velodrome, Marseille pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!