Majalah RASA edar 2,000 bekas bubur lambuk, 8,000 kuih percuma

Dari kiri: Abdul Razak, Syamil Fahim, Mohd Najwan, Madiyan dan Mei Jen melakukan gimik menuang bubur lambuk ketika program edaran bubuk lambuk dan kuih warisan Majalah Rasa di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Sabtu.
Dari kiri: Abdul Razak, Syamil Fahim, Mohd Najwan, Madiyan dan Mei Jen melakukan gimik menuang bubur lambuk ketika program edaran bubuk lambuk dan kuih warisan Majalah Rasa di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majalah RASA dengan kerjasama AJI-SHIO, FGV Holdings Berhad (FGV) dan Proton mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk bersama 8,000 kuih-muih secara percuma kepada orang ramai terutama kumpulan petugas hospital dan pegawai agensi beruniform.

Pengedaran khas menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan berkenaan sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat di bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, program yang berlangsung sejak 10 pagi hingga 5 petang di sebuah pusat beli-belah itu mencerminkan tekad Majalah RASA, AJI-SHIO, FGV dan Proton dalam memenuhi tanggungjawab sosial selain menjalinkan ukhuwah dan persahabatan.

“Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat.

Syamil Fahim
Syamil Fahim

“Kami gembira melihat respons positif masyarakat dan sokongan penuh AJI-SHIO dan FGV dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga Proton menaja enam buah kenderaan untuk digunakan bagi pengagihan di kawasan sekitar.

“Kejayaan penganjuran program kali kedua di bulan Ramadan ini menjadi bukti semangat gotong-royong dan tanggungjawab sosial tinggi dalam kalangan pihak terlibat,” katanya ketika berucap pada program edaran bubuk lambuk dan kuih warisan Majalah RASA di sini pada Sabtu.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Datuk Aznil Nawawi, Mila Jirin, Siti Elizad disamping penampilan khas, Cef Fikree dan Naem yang memasak bubur lambuk berkenaan.

Artikel Berkaitan:


Turut hadir, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi dan Pengarah Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Madiyan Baweh.

Dari kiri: Abdul Razak, Syamil Fahim, Mohd Najwan, Madiyan dan Mei Jen ketika program edaran bubuk lambuk dan kuih warisan Majalah Rasa di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Sabtu.
Dari kiri: Abdul Razak, Syamil Fahim, Mohd Najwan, Madiyan dan Mei Jen ketika program edaran bubuk lambuk dan kuih warisan Majalah Rasa di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Sabtu.

Sementara itu Pengurus Jenama AJI-SHIO, Loh Mei Jen berkata, jenama itu sentiasa berperanan aktif dalam usaha kebajikan bagi memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya di bulan Ramadan.

“AJI-SHIO membawa kesedapan dan keenakan dalam masakan kerana ia bukan sekadar lada biasa tetapi lada berperisa dan lada hitam berperisa.

“Dengan menggunakan produk kami, masakan anda lebih mudah dan pada masa sama menambahkan kesedapan makanan tanpa perlu guna perisa tambahan lain,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya memaklumkan, kolaborasi ini memberi peluang pihaknya memperkenalkan beras Saji Aroma yang merupakan inisatif syarikat itu dalam menangani keterjaminan makanan.

Beliau berkata, beras berkenaan dihasilkan daripada padi yang ditanam oleh pesawah di Sekinchan, Selangor menerusi program Smart Sawah Berskala Besar (SSBB).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!