[VIDEO] Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand

c
A
A
A

RANTAU PANJANG - Musim kemarau ketika ini menyebabkan Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand di Kelantan mulai kering.

Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Chabang Tiga Bagus, Lubok Gong, Lubok Stol dan sekitar Bukit Lata.

Jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.

Seorang penduduk, Muhammad Zailani Che Awang, 48, berkata, paras air Sungai Golok dilihat surut sejak dua minggu lalu apabila beting pasir mulai timbu.

"Ini merupakan perkara biasa setiap kali tibanya musim kemarau panjang apabila paras air Sungai Golok menurun dari 5 kepada 3.68 meter.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini beting pasir di dasar sungai sudah dapat dilihat secara melalui mata kasar.

"Namun kali ini, air sungai kering ketika umat Islam menyambut Ramadan," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan pesta bermain air Sungai Golok tidak dapat dilakukan pada tahun ini.

Ujarnya, jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Seorang lagi penduduk Nasran Nasuha, 26, berkata, jika cuaca panas berterusan berkemungkinan lebih banyak lagi kawasan akan menjadi kering.

Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.
Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.

Menurut dia, ketika ini beting pasir di dasar sungai sudah dapat dilihat secara melalui mata kasar.

"Bagaimanapun, saya harap kemarau ini tidak berpanjang," katanya.

Bagi Mat Lazim, 60, keadaan itu sebenarnya boleh menyebabkan sempadan negara mudah dibolosi.

Jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.
Jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Menurut dia, melihat keadaan sekarang orang ramai hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki bot.

"Ini memudahkan aktiviti penyeludupan dilakukan.

Bagaimanapun kehadiran pihak berkuasa dapat membanteras aktiviti tersebut," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!