SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram, wang lebih RM1 juta ditemui

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Sabtu kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, penahanan pegawai kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu dilakukan di Putrajaya.

"Hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

"Permohonan reman akan diperoleh SPRM bagi proses siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!