Padah tak pakai jaket keselamatan di laut

Bot nelayan tempatan ditahan untuk pemeriksaan lajut menerusi rondaan dijalankan pada Sabtu.
Bot nelayan tempatan ditahan untuk pemeriksaan lajut menerusi rondaan dijalankan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tindakan beberapa nelayan tidak memakai jaket keselamatan mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Kuala Selangor berdekatan Pulau Angsa pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah KM Danga, Leftenan Komander Maritim Muhammad Rasul Abu Bakar Ah berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang menerusi penugasan Op Ehsan, Op Murni, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut sekitar lokasi berkenaan.

Beliau berkata, bot nelayan yang dinaiki tiga lelaki tempatan itu mulanya dilihat menangkap ikan di lokasi berkenaan sebelum dirapati Kapal Maritim (KM) Danga.

Rondaan sentiasa dijalankan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan khususnya di negeri ini.
Rondaan sentiasa dijalankan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan khususnya di negeri ini.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati bot nelayan berkenaan dikendalikan seorang tekong dan dua awak-awak berumur antara 50an hingga 60an yang merupakan warga tempatan.

"Antara kesalahan dikesan adalah kesemua mereka tidak memakai jaket keselamatan bagaimanapun pemeriksaan mendapati bot berkenaan mempunyai dokumen yang lengkap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di KM Danga berdekatan perairan Kuala Selangor di sini pada Sabtu.

Katanya, nelayan terdedah kepada pelbagai risiko sekiranya tidak memakai jaket keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Misalnya terjadi insiden bot karam, bukan kita minta, walaupun pandai berenang, seseorang itu hanya boleh terapung sekitar empat ke lapan jam.

"Bagaimanapun, kalau pakai jaket keselamatan, sekurangnya boleh terapung sekitar 72 jam, jadi peluang untuk seseorang itu diselamatkan tinggi," katanya.

Menurutnya, ingatan diberikan kepada semua agar mematuhi segala peraturan ditetapkan.

"Saya nak ingatkan, kesalahan tidak memiliki jaket keselamatan ini boleh dikompaun sehingga RM1,000.

"Jadi untuk elak diambil tindakan, patuhilah, sebab semua yang ditetapkan ini melibatkan keselamatan diri sendiri," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!