OIC kutuk serangan pengganas bersenjata di Rusia
JEDDAH - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hussein Ibrahim Taha mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas bersenjata di Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow pada Jumaat, mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada ramai individu.
Setiausaha Agung menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta kepada kerajaan dan rakyat Rusia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Beliau mendoakan untuk pemulihan segera bagi mereka yang tercedera dan menekankan pendirian tidak berbelah bahagi Pertubuhan itu untuk memerangi keganasan dalam semua manifestasinya.
Serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow pada Jumaat malam menyebabkan 133 orang maut manakala lebih 140 lagi cedera. - Bernama-SPA
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!