NS susun strategi tarik lebih ramai pelancong

Aminuddin Harun- Sharifudin Abdul Rahim
Aminuddin Harun- Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan merancang menyusun beberapa strategi untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, perancangan tersebut telah mendapat sokongan baik daripada semua pihak khususnya agensi pelancongan swasta.

“Usaha ini diyakini dapat meningkatkan prestasi kedatangan pelancong di negeri ini,”katanya.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Exco Pelancongan turut mengucapkan tahniah kepada dua inap desa (homestay) di Negeri Sembilan iaitu Homestay Kampung Pachitan, Port Dickson dan Homestay Kampung Rawa, Lenggeng yang telah terpilih sebagai inap desa terbaik di peringkat Asia tahun 2018.

Katanya, penganugerahan itu merupakan antara kejayaan inap desa di Negeri Sembilan secara tidak langsung akan mempromosikan segmen pelancongan berkenaan di negeri ini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menasihatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar sentiasa menjaga amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Katanya, MPKK perlu bersiap sedia bagi memberikan respons terbaik, sekali gus memastikan hubungan antara kerajaan dan rakyat tidak terputus.

“Saya dah ingatkan, jangan sampai kita putus hubungan antara kerajaan, kepimpinan dan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Berilah respons baik kepada rakyat, menjadi mata dan telinga kerajaan agar pengurusan dan pentadbiran baharu ini berjalan dengan sebaiknya sepertimana yang dirancang, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai isu Pengerusi MPKK menyahtaraf warganegara penduduk yang tidak mahu beri kerjasama dengan MPKK baharu dilantik di Johor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!