Duta Britain ke Iran ditahan selama sejam

Robert Macaire
Robert Macaire
A
A
A

LONDON - Pihak berkuasa Iran didakwa menahan Duta Britain ke Iran ketika protes anti-rejim di negara itu semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar, Dominic Raab memaklumkan, penahanan Robert Macaire dibuat tanpa sebarang penjelasan adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa secara jelas.

Terdahulu, Daily Mail melaporkan Macaire diberkas selepas beliau didakwa menghasut penunjuk perasaan yang berang dengan tindakan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang tertembak pesawat Ukraine International Airlines secara tidak sengaja dan meragut 176 nyawa pada Rabu lalu.

Beliau bagaimanapun dibebaskan kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, United Kingdom (UK) akan bekerjasama rapat dengan Kanada, Ukraine dan negara antarabangsa lain untuk memastikan siasatan komprehensif, telus dan bebas terhadap tragedi tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!