Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand
24 Mac 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 MAC 2024
Musim kemarau ketika ini menyebabkan Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand di Kelantan mulai kering, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.
Antara kawasan terlibat ialah Kampung Chabang Tiga Bagus, Lubok Gong, Lubok Stol dan sekitar Bukit Lata.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656266/edisi/kelantan/sungai-golok-kering-jalan-kaki-sahaja-ke-thailand
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #MalaysiaThailand #SungaiGolok