Harimau Malaya mampu kejutkan Oman
SKUAD bola sepak negara mampu melakukan kejutan ke atas Oman berdasarkan corak permainan apabila berdepan pasukan ranking ke-80 itu dalam aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Pemain pertahanan negara, Corbin Ong berkata, beliau yakin pemain-pemain Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon telah melakukan segala kerja rumah untuk berdepan sekali lagi pasukan The Reds tersebut.
"Oman di ranking utama dalam pot (undian), jadi kita beri muka. Tapi saya yakin Malaysia boleh mencipta sesuatu menentang Oman Selasa ini. Lagipun, mereka bukan pasukan tanpa kalah atau apa-apa seperti itu," katanya.
Sebagai rekod, pada aksi di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman hasil gol yang dijanakan Issam Al-Sabhi minit ke-57 selepas menyudahkan hantaran Ali Sulaiman Al-Busaidi.
Angkatan Jaroslav Šilhavy kemudian melebarkan jaringan a menerusi Muhsen Saleh Al-Ghassani yang menampan masuk hantaran Al Busaidi pada minit ke-88.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia yang menduduki ranking ke-132 dunia kini berada di kedudukan ketiga kumpulan di belakang Kyrgyzstan di tangga kedua yang menang 2-0 ke atas Taiwan manakala Oman memimpin kumpulan.
Kumpulan D
P M S K J B Mt
1. Oman 3 2 0 1 5 1 6
2. Kyrgyzstan 3 2 0 1 6 4 6
3. Malaysia 3 2 0 1 5 5 6
4. Taiwan 3 0 0 3 0 6 0
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!