Southgate hormati kontrak bersama England
PENGENDALI England, Gareth Southgate menyifatkan laporan yang mengaitkannya dengan jawatan tertinggi di Manchester United sebagai tidak menghormati kontraknya bersama The Three Lions.
Malah, bekas pengendali Middlesbrough itu menegaskan hanya akan membuat keputusan mengenai masa depannya selepas Kejuaraan Euro Jerman 2024.
Sebagai rekod, Southgate yang masih belum bersetuju dengan perjanjian baharu menjelang saingan Euro, yang akan menjadi kejuaraan utama keempatnya bersama The Three Lions.
Kontrak bekas pemain Aston Villa tersebut sekarang hingga penghujung 2024.
“Fokus saya ialah Kejuaraan Euro Jerman 2024.
“Jika kami melakukan sesuatu, kontrak di sini (dengan England) sebelum ini, semua orang akan berkata, mengapa anda menandatangani kontrak sebelum Euro di mana anda perlu membuktikan diri anda?
“Saya sudah tentu tidak akan bercakap dengan orang lain sebelum itu. Saya tidak pernah. Saya sudah lapan tahun bekerja di sini. Saya tidak akan melayan bercakap dengan orang lain apabila saya bekerja,” kata Southgate kepada pemberita.
Media British sebelum ini mengatakan pengendali berusia 53 tahun itu adalah antara calon pemilik bersama United, Jim Ratcliffe untuk menggantikan Erik Ten Hag jika pengendali Belanda itu berpisah dengan kelab Old Trafford itu, yang kini di kedudukan keenam dalam Liga Perdana Inggeris.
“Ada dua perkara dari pandangan saya. Salah satunya ialah saya pengendali England. Saya mempunyai satu kerja iaitu untuk cuba menyampaikan Kejuaraan Euro.
“Perkara kedua ialah United mempunyai pengendali. Ini tidak menghormati apabila terdapat sebarang spekulasi mengenai pengendali yang ada.
“Saya presiden LMA (Persatuan Pengurus Liga) jadi saya tidak mempunyai masa untuk perkara seperti itu,” tegas Southgate.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!