Kenerak spesies eksotik Sungai Pahang

Selain Sungai Pahang, kenerak turut mendiami lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu. (Gambar kecil: Abdullah)
Selain Sungai Pahang, kenerak turut mendiami lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu. (Gambar kecil: Abdullah)
A
A
A

KUANTAN - Sungai Jelai yang terletak di Kampung Mela, Kuala Lipis menjadi salah satu lubuk ikan kenerak (Bagarius yarrelli) di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, ikan pemangsa yang bermisai dan bergigi tajam itu juga membiak di sepanjang lembangan Sungai Pahang.

Menurutnya, kaedah penangkapan ikan menggunakan pukat​, pancing dan rawai oleh nelayan mahu pemancing ​secara terkawal membolehkan spesies ini terus berhabitat tanpa gangguan.

“Pembiakan ikan ini masih seperti biasa malah setiap tahun, jabatan dengan penglibatan pegawai penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan menjalankan inventori sumber perikanan darat (sungai).

“Ia bertujuan memantau biodiversiti dan populasi spesies-spesies ikan di sungai negeri ini.

“Ikan ini masih hidup bebas kerana habitatnya di kawasan jeram berbatu, struktur berkayu dan berarus deras,” katanya kepada Sinar Harian.

Ikan berkepala besar yang memiliki corak celoreng itu merupakan spesies asli Sungai Pahang namun terdapat juga di ​lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu.
Ikan berkepala besar yang memiliki corak celoreng itu merupakan spesies asli Sungai Pahang namun terdapat juga di ​lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu.

Beliau menjelaskan ikan berkepala besar yang memiliki corak celoreng itu merupakan spesies asli Sungai Pahang namun terdapat juga di ​lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ikan kenerak dari keluarga Sisoridae tidak diternak untuk tujuan akuakultur malah spesies itu jarang dijual di pasaran terbuka kerana lazimnya ia hanya digemari peminat tertentu ikan sungai sahaja.

Menurut Abdullah, harga purata pasaran kenerak antara RM30 hingga RM40 sekilogram bergantung kepada lokasi dan kebiasaan dimasak resipi tempatan iaitu asam rong atau gulai tempoyak.

Beliau berkata, pada masa ini pihaknya belum lagi melakukan pembiakan ikan tersebut berbanding spesies ikan air tawar lain seperti patin, baung, keli, kelah dan temelian.

“Namun, kita ada kepakaran sekiranya ada keperluan untuk membuat pembenihan ikan kenerak,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!