'Umpama lesen buat kaki pancing'
TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] “Ikan kenerak menjadi buruan kerana ia umpama lesen buat kaki pancing sebelum mendapatkan ikan-ikan lain,” kata seorang pemancing, Nik Khairul Mizan Abdul Hamid, 47.
Menurutnya, spesies yang sering berada di kawasan berarus deras itu boleh diperoleh dengan kaedah casting menggunakan memakan umpan tiruan atau gewang selain teknik pancingan biasa.
Nik Khairul Mizan yang berkhidmat sebagai Pembantu Belia dan Sukan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh menyifatkan ikan kenerak pemangsa yang pemalas.
Ini kerana, ikan itu gemar menunggu ikan-ikan kecil sebagai diet makanannya.
Menurut kaki pancing, Shahrihan Ahmad, 32, kenerak memang menjadi buruan kerana kesukaran memperolehnya memandangkan habitatnya di kawasan air deras.
Ujarnya, ketika ini kenerak mudah dipancing kerana keadaan air Sungai Pahang yang surut.
“Waktu air jernih itu bonus kerana mudah nampak kerana ia suka memburu ikan-ikan kecil.
“Jika umpan sudah mengena, untuk menaikkan ikan ini juga sangat mencabar kerana berhadapan dengan arus laju dan jika tidak kena teknik mudah tersekat di batu,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!