Pemilik kilang dawai maut dihempap pagar

Keadaan pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter yang terbalik dan menghempap mangsa.
Keadaan pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter yang terbalik dan menghempap mangsa.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang pemilik kilang dawai maut dihempap pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter dalam kejadian di kawasan perindustrian di sini pada Ahad.

Mangsa, Goh Sin Bong, 70, tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian itu diketahui pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pemilik kilang tersebut tinggal di kawasan berkenaan.

"Hasil siasatan turut mendapati kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang.

Keadaan pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter yang terbalik dan menghempap mangsa.sa.
Keadaan pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter yang terbalik dan menghempap mangsa.sa.

"Semasa menolak pintu pagar untuk menutupnya secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada rail menyebabkan ia terbalik dan seterusnya menghempap badan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, pihak Hospital Tanah Merah yang tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian disebabkan kecederaan teruk di kepala.

Mohd Haki memberitahu, hasil temubual dengan saksi-saksi di tempat kejadian mendapati semasa kejadian mangsa dikatakan sedang membuat pemeriksaan ke atas pintu pagar kedua kilang tersebut kerana dalam proses untuk menukar pintu pagar yang baru.

Tambahnya, mangsa telah cuba untuk menutup pintu pagar tersebut kerana ia telah lama tidak digunakan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!