Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-217
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menghargai sumbangan serta jasa para pesara polis yang telah mencurahkan sumbangan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.
"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada.
"Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!