Pelajar perempuan maut dilanggar kereta

Seorang pelajar perempuan maut apabila motosikal yang ditunggangi terlibat kemalangan dengan dua buah kereta di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, Sungai Petani. - Gambar ihsan PDRM
Seorang pelajar perempuan maut apabila motosikal yang ditunggangi terlibat kemalangan dengan dua buah kereta di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, Sungai Petani. - Gambar ihsan PDRM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan maut apabila motosikal yang ditunggangi terlibat kemalangan dengan dua buah kereta di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, di sini, pada Ahad.

Mangsa yang berusia 19 tahun merupakan pelajar sebuah kolej di Sungai Petani berasal dari Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 2.50 petang itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik sedang bergerak dari arah Sungai Petani menghala ke Kulim.

“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun tidak nampak dan sempat mengelak motosikal mangsa yang ingin membelok masuk ke simpang sebelah kanan lalu melanggar motosikal mangsa dari bahagian belakang.

“Akibat pelanggaran itu mangsa terjatuh dan tercampak ke kiri jalan dan sebuah kereta jenis Toyota Vios turut melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Zaidy berkata, akibat kemalangan itu penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantr ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Awani

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!