Habib perkuat Kedah, Nelson diumum Pengarah Teknikal

Habib (kiri) dan Nelson. Foto KDA FC
Habib (kiri) dan Nelson. Foto KDA FC
A
A
A

BEKAS pemain tengah Terengganu FC, Habib Haroon diumumkan menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi memperkuatkan jentera tengah tersebut hadapi saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Pemain berasal dari Bahrain itu memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari musim ini sekali gus bersatu semula dengan Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain yang turut mengendalikan Terengganu FC sebelum ini.

KDA FC dalam satu kenyataan berkata, khidmat Habib akan memperkuatkan bahagian tengah Sang Kenari bersama rangkaian pemain tempatan yang lain.

Menurutnya, pemain berusia 23 tahun itu mempunyai kreativiti di bahagian tengah yang tidak hanya membuat umpanan berbahaya kepada rakan tetapi turut menghasilkan gol dari sudut sukar.

“Habib Haroon akan tiba jam 2.30 petang ini di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari,” katanya pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, KDA FC turut mengumumkan legenda Hijau Kuning ‘double treble’ 2007-2008, Nelson San Martin akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal pasukan terebut.

Menurutnya, pelantikan Nelson bertujuan memantapkan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim ini dan beliau juga mempunyai lesen Pro A Diploma.

“Dengan kemunculan semula sebagai pengarah teknikal baharu diharap dapat mengembalikan semangat dan kegemilangan Sang Kenari sepertimana yang pernah diraih suatu ketika dahulu,” kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!