England jumpa Belgium tanpa Walker, Maguire

Walker dan Maguire (kiri) disisihkan dari aksi berdepan Belgium akibat kecederaan. Foto: Agensi
Walker dan Maguire (kiri) disisihkan dari aksi berdepan Belgium akibat kecederaan. Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN pertahanan England, Kyle Walker dan Harry Maguire akan terlepas perlawanan persahabatan menentang Belgium di Stadium Wembley awal pagi Rabu, kata Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Isnin.

Tonggak Manchester City dan Manchester United itu terpaksa digugurkan selepas mengalami kecederaan ketika The Three Lions tewas 0-1 kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan pada Ahad.

Penjaga gol Sam Johnstone (Crystal Palace) juga diketepikan manakala penjaga gol Bawah 21 tahun James Trafford (Burnley) dan pertahanan Rico Lewis (Manchester City) dipanggil sebagai pengganti.

Sebagai rekod, ini merupakan panggilan skuad senior pertama Trafford manakala Lewis sebelum ini membuat penampilan sulung menentang Macedonia Utara pada November lalu.

Ketiadaan Walker dan Maguire merupakan penyisihan terbaharu akibat kecederaan yang melanda The Three Lions kendalian Gareth Southgate selepas kehilangan khidmat kapten Harry Kane (Bayern Munich) dan penyerang, Buyako Saka (Arsenal).

Pemain-pemain yang mengalami kecederaan telah kembali ke kelab masing-masing bagi menjalani sesi pemulihan dan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!