Alonso berang dikenakan penalti 20 saat

Pemandu Mercedes, George Russell (tengah) ditarik keluar selepas jenteranya terlibat dalam kemalangan di pusingan terakhir GP Australia pada Ahad.
Pemandu Mercedes, George Russell (tengah) ditarik keluar selepas jenteranya terlibat dalam kemalangan di pusingan terakhir GP Australia pada Ahad.
A
A
A

JUARA dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso menyuarakan rasa tidak puas hati selepas dia dikenakan penalti 20 saat kerana didakwa memandu secara berbahaya dalam Grand Prix (GP) Australia pada Ahad.

Pemandu Aston Martin itu dikatakan menjadi punca George Russell dari Mercedes mengalami kemalangan teruk pada pusingan terakhir di Litar Albert Park, Melbourne.

Russell bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa.

Kemalangan itu berlaku ketika kedua-dua pelumba tersebut bertarung untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam yang menawarkan lapan mata.

Mengulas penalti tersebut, Alonso mempertahankan dirinya dengan melabel pemanduannya sebagai tidak berbahaya.

“Dia (Russell) berada dalam lingkungan DRS jentera saya selama lima atau enam pusingan.

“Saya hanya memaksimumkan kelajuan di selekoh untuk meninggalkan dia.

“Itulah tindakan yang akan dilakukan oleh mana-mana pelumba.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun, saya senang melihat Russell tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

DRS ialah sistem yang membolehkan pemandu memecut dengan lebih mudah dengan mengurangkan seretan pada laluan lurus.

Tidak seperti perlumbaan, DRS bebas untuk digunakan pada semua selekoh dan lurus semasa kelayakan.

Susulan penalti itu, Alonso diturunkan dari tempat keenam ke tempat kelapan untuk sekadar meraih empat mata.

Alonso, 42, mengumpul 12 mata kejuaraan untuk berada di posisi ketujuh carta pemandu F1 tanpa merekodkan kemenangan podium selepas tiga pusingan musim ini.

Setakat ini, pemandu Red Bull, Max Verstappen yang gagal menamatkan perlumbaan di GP Australia masih mengungguli carta pemandu F1 dengan 51 mata.

Sementara itu, bagi kategori pengeluar menyaksikan Red Bull jauh meninggalkan Ferrari untuk berada di tangga teratas dengan 87 mata.

Pusingan F1 seterusnya diadakan di Litar Suzuka, Jepun pada 7 April ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!