PDRM terima bangunan baharu IPK, IPD di beberapa negeri

Anwar (kanan) memakaikan pingat Anugerah Juara Integriti kepada penerima sambil diperhatikan Saifuddin pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pulapol Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
Anwar (kanan) memakaikan pingat Anugerah Juara Integriti kepada penerima sambil diperhatikan Saifuddin pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pulapol Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa negeri akan menerima bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution hari ini.

Negeri yang akan menerima bangunan IPK baharu itu adalah Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Pahang, katanya.

"Kita juga ada beberapa IPD baharu misalnya di Kapit, Sarawak dan Padang Besar, Perlis.

"Daripada peringkat negeri ke daerah kemudian turun ke balai polis. Termasuk kepada pondok pos kawalan.

"Ada bahagian masing-masing. Bukan sahaja melalui bajet diumumkan Perdana Menteri, bahkan dalam tempoh tertentu ada pengumuman khas yang semuanya adalah untuk meningkatkan kemudahan fasiliti dan logistik bagi PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Acara sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan Subuh Berdarah yang berkisarkan tentang tragedi pertempuran polis dengan komunis di Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 1949.

Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Dalam Negeri berharap dapat mencapai titik persamaan antara aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan dalam menyelesaikan isu cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan kewarganegaraan.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan katanya, mengambil pendirian realistik dalam membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan.

"Kerajaan dalam soal ini mengambil semangat bahawa bukan semua pindaan akan diluluskan di Parlimen. Pada masa yang sama semua pindaan yang dicadangkan tidak sepatutnya ditinggalkan sepenuhnya," katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!