'Jorge Martin terlalu sempurna'
PELUMBA MotoGP dari Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini yang memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal di petak utama akur menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Ahad (10 malam waktu Malaysia).
GP Portugal itu yang juga perlumbaan kedua bagi musim baharu menyaksikan pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin menyambar podium pertama, manakala pelumba rookie remaja, Pedro Acosta dari pasukan Gasgas-Tech3 di tangga ketiga.
Tahun lalu, Bastianini tidak menyertai GP Portugal selepas terlibat kemalangan semasa sesi ujian masa.
Mengulas kejayaan podiumnya musim ini, Bastianini berkata: “Saya berpuas hati dengan pencapaian kali ini, saya bangkit daripada kesilapan untuk mencipta keputusan yang baik. Saya bermula di petak pertama tetapi saya harus akui Jorge lebih sempurna.”
Juara bertahan, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) yang menjuarai GP Qatar pada 11 Mac lalu pula antara empat pelumba yang terkeluar daripada perlumbaan.
Memandangkan MotoGP Argentina dibatalkan, perlumbaan berikutnya adalah di Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 12 hingga 14 April.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!