'Pelik juga dia tiba-tiba bawa balik barang ke kampung'

Mayat mangsa dibawa naik di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Chendering hari ini. (Gambar kecil: Tengku Muhammad Afiq)
Mayat mangsa dibawa naik di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Chendering hari ini. (Gambar kecil: Tengku Muhammad Afiq)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - "Saya sudah berasa pelik apabila dia membawa pulang barang-barang peribadinya ke kampung semasa cuti semester bulan 12 lalu, sedangkan dia masih menyambung pengajian."

Demikian luah Siti Fatimah Ismail, 48, ibu kepada salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Chendering, Tengku Muhammad Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, yang ditemukan lemas setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian membabitkan tiga mangsa ketika mandi di Pantai Pandak, di sini petang semalam.

Siti Fatimah
Siti Fatimah

Menurut Siti Fatimah, dia bertanyakan mengenai sikap pelik anaknya itu, namun Tengku Muhammad Afiq memberitahu tiada apa-apa, sebaliknya sekadar ingin membawa pulang barangannya ke kampung di Kota Bharu, Kelantan.

"Dia anak yang pendiam, tak banyak bercakap. Cuma apabila dia bawa balik barangan keperluan peribadi dan buku-bukunya, terdetik juga dalam hati (perubahan anak)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar UiTM dikhuatiri lemas

'Saya tak pandai berenang, tak boleh buat apa-apa'

Bapa mangsa, Tengku Muhazan Shah Tengku Mohamed, 46, berkata, dia hanya mengetahui tentang kejadian yang menimpa anaknya selepas Maghrib setelah dihubungi kakitangan UiTM Cawangan Chendering.

Artikel Berkaitan:

Dia yang terkejut dengan kejadian itu berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya itu Jumaat lalu.

Tengku Muhazan
Tengku Muhazan

"Tiada apa-apa yang pelik, cuma bila saya bertanya bila dia akan balik, dia hanya menjawab Insya-ALLAH. Saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.

Mayat Tengku Muhammad Afiq berjaya ditemukan pada jam 6.25 petang tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Mohd Mazimi Mohamad berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian.

Solat hajat turut dibuat oleh ahli keluarga, orang ramai dan kenalan di tapak operasi.
Solat hajat turut dibuat oleh ahli keluarga, orang ramai dan kenalan di tapak operasi.

"Pasukan penyelamat mengesan objek terapung berhampiran kawasan benteng pemecah ombak tidak jauh daripada mayat pertama yang dijumpai semalam.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!