Permohonan kewarganegaraan hanya setahun

Saifuddin Nasution (kiri) bersama pengamal media pada Majlis Perjumpaan Khas bersama pengurusan tertinggi KDN, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 pada Isnin. Foto Bernama
Saifuddin Nasution (kiri) bersama pengamal media pada Majlis Perjumpaan Khas bersama pengurusan tertinggi KDN, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan permohonan kewarganegaraan hanya memakan masa setahun apabila Pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, setiap permohonan ditolak akan disertakan alasan penolakan.

"Apabila pindaan ini lulus permohonan akan diberitahu keputusannya dalam tempoh setahun. Ini komitmen kita," katanya pada Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian dan Media di sini pada Isnin.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai undang-undang kewarganegaraan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.

Antara yang dicadangkan, termasuk dua pindaan yang memberi hak sama rata kepada ibu Malaysia untuk memberikan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara.

Pindaan ini adalah merujuk kepada Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan 1(c) Bahagian II Jadual Kedua.

Pada masa ini, seksyen tersebut hanya membenarkan kerakyatan automatik kepada anak-anak yang dilahirkan selepas 16 September 1963 (Hari Malaysia) di luar negara jika bapa mereka adalah warganegara Malaysia dan bukan jika ibunya sahaja adalah warganegara Malaysia.

Sementara itu, Saifuddin meminta agar beliau tidak disamakan dengan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung tempoh untuk menyelesaikan permohonan kewarganegaraan itu dalam setahun.

Artikel Berkaitan:

"Jangan samakan saya dengan Hishammuddin.

"Kita nak elakkan mereka (pemohon) menunggu sehingga lima tahun kemudian diberitahu dukacita permohonan tuan gagal. Ini tidak boleh berulang lagi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!