Azalina terima kunjungan KRPPM-IGAR, bincang aspek reformasi institusi

Azalina (tengah) menerima kunjungan hormat KRPPM-IGAR di pejabatnya. Foto Facebook Azalina Othman Said
Azalina (tengah) menerima kunjungan hormat KRPPM-IGAR di pejabatnya. Foto Facebook Azalina Othman Said
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) serta kumpulan masyarakat sivil di pejabatnya di Parlimen.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu turut dibincangkan beberapa aspek reformasi institusi seperti pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Perkhidmatan Parlimen, pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2009 dan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat.

“KRPPM-IGAR diwakili oleh Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh merangkap ahli Parlimen Ledang.

“Bagi kumpulan masyarakat sivil pula diwakili Tan Sri Syed Hamid Albar, Shah Hakim Zain, Maha Balakrishnan, Dr Muhammad Mohan dan Norhayati Nordin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sinar Harian pada 21 Mac lalu melaporkan bahawa KRPPM-IGAR bersetuju agar empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan dilaksanakan secara berfasa.

Jelas Syed Ibrahim, pihaknya bersetuju berbuat demikian selepas mengadakan beberapa siri mesyuarat dan libat urus bagi meneliti kepentingan reformasi institusi.

Menurutnya lagi, ia bertujuan mengawal ketirisan, konflik kepentingan, pengukuhan ketelusan terhadap integriti, tata kelola serta agenda antirasuah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!