Wardah Beauty, Kahf, Emina Cosmetics lancar kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’

Warga kerja Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics selesai mengagihkan cenderamata buat 300 pengunjung terawal. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Warga kerja Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics selesai mengagihkan cenderamata buat 300 pengunjung terawal. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Paragon Technology and Innovation (Paragon) melalui jenama Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics mengadakan kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’ sebagai inisiatif menyantuni penggemar jenama produk tersebut terutamanya pengunjung Iftar Ala Madinah.

Wakil Wardah Beauty yang hanya ingin dikenali dengan nama KC berkata, kempen sempena bulan Ramadan itu dilaksanakan bagi memperkenalkan lagi rangkaian produk di bawah jenama berkenaan kepada masyarakat di pelbagai peringkat umur seperti remaja, dewasa dan golongan pertengahan usia.

KC
KC

“Kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’ kali ini berada di Iftar Ala Madinah @Karangkraf. Setiap kali Ramadan kami anjurkan kempen berbeza sebagai salah satu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Seramai 300 pengunjung terawal berpeluang membawa pulang cenderahati iaitu beberapa produk daripada Wardah Beauty, Kahf dan Emina bernilai hampir RM45 setiap seorang.

“Kami juga sediakan aktiviti menarik untuk orang ramai sambil menunggu untuk berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Pengunjung Iftar Ala Madinah @Karangkraf berpeluang membawa pulang cenderamata daripada Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengunjung Iftar Ala Madinah @Karangkraf berpeluang membawa pulang cenderamata daripada Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, jurucakap terbabit memaklumkan, pihaknya menaja 1,000 bungkusan makanan sehari sepanjang lima hari penglibatannya di Iftar Ala Madinah.

Tambahnya lagi, orang ramai diminta untuk hadir membawa seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati juadah yang disediakan serta mengikuti perkembangan terkini mengenai tiga jenama berkenaan di media sosial.

“Untuk tidak melepaskan peluang keemasan dengan mendapatkan produk-produk ini secara percuma, kami mengajak anda semua datang beramai-ramai terutamanya warga Shah Alam.

“Program yang dianjurkan ini berlangsung daripada 25 hingga 29 Mac ini, jadi boleh beramah mesra bersama kami menjelang waktu berbuka puasa.” ujarnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!