Dedah OKU jalani aktiviti pertanian

Projek perintis bersama USM itu bertujuan memberi kemahiran kepada OKU untuk menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman betik hibrid.
Projek perintis bersama USM itu bertujuan memberi kemahiran kepada OKU untuk menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman betik hibrid.
A
A
A
KOTA BHARU - Orang kelainan upaya (OKU) dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berpeluang mengubah nasib mereka melalui aktiviti pertanian.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata, Pusat Latihan Pekerjaan kini dimulakan di Rumah Seri Kenangan (RSK) Pengkalan Chepa yang melibatkan 20 peserta OKU masalah pembelajaran.

Beliau berkata, projek perintis bersama Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi kemahiran kepada OKU untuk menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman betik hibrid.

"Idea ini adalah daripada USM untuk perkenalkan bidang pertanian kepada OKU. Kita ada ramai OKU dewasa di PDK kategori masalah pembelajaran.

"Di sini kita ada tanah dan di PDK lain pun ada yang mempunyai tanah. Inisiatif ini untuk pastikan mereka keluar dari PDK dengan mempunyai kemahiran dan pekerjaan. Tanaman betik hibrid berpotensi dibuat secara besar - besaran," katanya pada majlis perasmian dan solat hajat Pusat Latihan Pekerjaan dekat sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!