Gencatan senjata di Gaza: Israel, AS diharap tidak bercabang lidah

Resolusi gencatan senjata di Gaza yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) wajar diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh umat Islam dan masyarakat global. - Foto Reuters
Resolusi gencatan senjata di Gaza yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) wajar diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh umat Islam dan masyarakat global. - Foto Reuters
A
A
A

KUALA LUMPUR - Resolusi gencatan senjata di Gaza yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) wajar diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh umat Islam dan masyarakat global.

Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Profesor Madya Hafidzi Mohd Noor berpandangan, setelah hampir enam bulan pembantaian rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza dan sekatan bantuan kemanusiaan, akhirnya wujud sinar harapan untuk memulihkan semula keadaan yang semakin membarah di Gaza.

"Setelah hampir enam bulan, kita wajar bersyukur dan meraikan keputusan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan (PBB) iaitu resolusi supaya gencatan senjata dikuatkuasakan serta merta dengan sokongan 13 menyokong dan satu berkecuali," katanya katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Selasa.

Selain itu, beliau berkata, gencatan yang dialu-alukan ini turut hadir dengan harapan agar Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak bercabang lidah dalam membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan usaha gencatan senjata berkenaan.

Maka gencatan senjata ini adalah suatu yang sangat kita alukan dan kita berharap Amerika dan Israel tidak bermain dengan kata-kata sehingga, sehingga cuba untuk memberikan tafsiran-tafsiran yang berbeza dalam sehari dua ini, kita perlu mengikuti rapat apa perkembangan seterusnya yang berlaku.

"Kita juga nak menyatakan rasa kecewa kita sebab Israel dan Amerika masih lagi bermain-main dengan sikap mereka dalam melengah-lengahkan apatah lagi sejak beberapa minggu atau hari yang lepas, Hospital Shifa sekali lagi diserang, beberapa orang doktor dibunuh, dan kita melihat kekejaman berterusan," ujarnya.

Hafidzi juga mengingatkan masyarakat dunia seharusnya sudah mengenali kebiadaban dan kedegilan Israel.

Dalam masa sama, beliau memberi contoh ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mendakwa negara tanah haram itu melakukan genosid, Israel diberikan tempoh selama sebulan untuk menghentikan tindakan terkutuk itu.

Artikel Berkaitan:

Namun, sebaliknya, Israel mengambil kesempatan ke atas tempoh sebulan itu dengan meneruskan serangan dan melanggar segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh ICJ. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!