Berang 'dipinggirkan', menteri veteran Israel letak jawatan

Gideon Saar. Foto Agensi
Gideon Saar. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Seorang menteri veteran Israel yang menyertai kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu selepas Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin.

Gideon Saar memaklumkan keputusan itu dibuat selepas beliau 'dipinggirkan' kerana tidak berada dalam barisan Kabinet Perang yang menentukan pelan jahat berhubung kempen pengeboman ganas ke atas Genting Gaza.

Jelasnya, beliau ada meminta kepada Netanyahu bukan sahaja untuk menyertai Kabinet Keselamatan yang mempunyai kuasa lebih meluas malah Kabinet Perang, namun tidak diendahkan pemimpin tersebut.

Beliau dengan lantang turut mengkritik strategi perang cacamarba dan Kabinet yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan besar.

Pengunduran Saar bersama beberapa sekutunya dijangka tidak memberi kesan kepada kerajaan Netanyahu yang menguasai majoriti jelas iaitu 64 daripada 120 kerusi di Knesset (Parlimen).

Difahamkan, Saar pernah menjadi pesaing kepada Parti Likud pimpinan Netanyahu sebelum beliau menyertai blok yang diketuai bekas Menteri Pertahanan, Benny Gantz untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Pengunduran beliau bukanlah satu keputusan yang mengejutkan memandangkan parti pimpinan beliau, Parti New Hope telah memutuskan pakatan bersama Gantz pada awal bulan lalu. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!